Wednesday, December 31, 2008

Hasil dari kaedah ini

Pembinaan sistem fertigasi mengikut pakej pasang siap GM PELADANG ialah berjumlah RM30 ,000 untuk keluasan 600 kaki persegi . Hasil pengeluarannya boleh mencapai empat hingga enam kali ganda dari tanaman di atas kawasan terbuka . Pulangan modal dalam sistem tanaman ini mengambil masa 3 - 4 tahun .

Kelebihan Fertigasi berbanding dengan tanaman cara konvensional ialah hasil pengeluaran lebih berganda pada mutu yang berkualiti dan bersih .

Kelemahan Sistem Fertigasi
1.Kos Penyediaan dan Pembinaan yang tinggi
2.Pengusaha memerlukan kemahiran dalam bidang tanaman fertigasi
3.Pengurusan yang berterusan.
4.Kerosakan sistem membawa kerugian. - Rujukan
Kebaikan Sisten Tanaman Fertigasi
1.Pembesaran pokok sekata disebabkan pemberian baja mengikut pertubuhan pokok dan hasilnya tinggi
2 Pemberian baja tidak membazir disebabkan baja hanya diberi dalam kawasan zon akar yang diperlukan
3.Pokok tahan dari serangga penyakit bakteria yang berpunya dari dalam tanah kerana tanaman ditanam dalam polybeg
4.Tanaman boleh diprogramkan mengikut musim dan tempat.
5.Kos pengendalian dan kaedah merumput dan meracun boleh dikurangkan dan dikawal
6.Tidak memerlukan tenaga berat dan tanaman bersih dan persekitarannya indah dan cantik
7.Hasil tinggi dan pendapatan lumayan kerana tanaman terpilih sahaja ditanam.
8.Boleh ditanam sepanjang tahun dan pulangan modal cepat.

No comments:

Post a Comment