Wednesday, December 31, 2008

Panduan Penanaman Cili

Penyediaan Kawasan

  • Meletakkan Sungkupan
  • Penyemaian dan Penyediaan Anak Benih
  • Pengubahtanaman
  • Penyiraman
  • Pembajaan
  • Pengawalan Rumpai, Perosak Tanaman dan Penyakit
  • Pungutan Hasil
  • Penyediaan kawasan

  • Pengapuran – dilakukan sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum pengubahtanaman. Untuk tanah gambut dan berasid, pengapuran pada kadar 2 tan/ha setahun. Untuk tanah berasid yang sangat rendah (pH 3.5 –3.7), pengapuran pada kadar 10 – 25 tan/ha setahun.
  • Penyuburan tanah – tambahkan najis haiwan pada tanah berpasir & tanah liat
  • Seterusnya DI SINI


    Jarak Tanaman
    Jarak tanaman merujuk kepada tumbesaran pokok pokok.

    Sekiranya tanaman di atas tanah ..
    Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm (6-19 inci). Sediakan batas berukuran 1.2m (4 kaki) lebar dan 22 hingga 30 cm (9-12 inci) tinggi. Panjang batas mengikut keadaan kawasan. Jarak antara batas ialah 45 cm (1.5 kaki).

    • Di Ladang – Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm ( 6-19 inci). Sediakan batas berukuran 1.2m (4
    • kaki) lebar dan 22 hingga 30 cm (9-12 inci) tinggi. Panjang batas mengikut keadaan kawasan. Jarak antara batas ialah
    • 45 cm (1.5 kaki). Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 25kg bagi 50 meter persegi (500 kaki persegi) kawasan.
    • Dalam Pasu atau Bekas – Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau
    • kompos dan 1 bahagian pasir. Isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5 cm (2 inci) dari permukaan
    • pasu. Rujuk SINI

    Semerah cili varieti baru


    Bagi masyarakat Malaysia tidak lengkap rasanya sekiranya makanan yang disajikan tidak ditambahkan dengan kepedasan dan keenakan rasa cili merah atau cili padi.

    Ini kerana, rata-rata rakyat di negara ini, tidak mengira bangsa memang sudah ‘biasa’ dengan makanan pedas. - Utusan

    Kertas kerja penanaman cili padi

    Untuk penanaman cili padi SILA KLIK SINI

    Untuk pernanaman cili hijau KLIK SINI
    [tentang aliran masuk keluar kewangan]

    Kertas kerja pemasaran CILI .... DI SINI

    Pemindahan Benih ke Batas

    Gambar campuran sekam dan sabut, cilok dari blog SINI

    waktu ptg..(kaedah ni aku praktik sndiri)sebelum tanam celup skit bhg akar pkk tu samada dgn air baja/air kosong/racun kulat..skrg ni aku suka celup rcun kulat sebab % anak yg kn bruk pangkal menurun secara mendadak..dr 10% ke 0%..menjaD la kut

    kalau nak pindah anak elok pindah waktu petang...proses penyesuaian suhu....sbb anak pokok kurang terdedah kepada panas

    lepas subuh: siram pokok, boh baja..

    sekitar zuhur (sebelum dan sesudah) : buat maintenance, check semaian, tidur hehe..

    sebelum asar : ready nak solat asar..

    lepas asar: ready batas/polibeg pastu pindahkan pokok, meracun

    pindah ke pilibag ladang/batas lpas asar, sehari sbelum pindah jangan siram tray tu, biar akar dan media kering sikit, kalu cungkil keluar anak, media tak pecah, akar tak rosak, kalu basahkan sebelum transfer media bertrabur dan akar putus dan terdedah, sebahagian media lekat pada compartment wall-sebab tu akar putus. siram baja starter cairan MAP 5gm/lit untuk development akar atau cairan npk 20-20-20 5gm/lit sebanyak 250ml/pk untuk 2 -3 hari pas tu baru blh bagi baja fertigasi biasa ec 1.5 ( baja starter pun blh pakai drip jugak - 3 kali injek -8am, 12/1pm 5/6pm 100ml sekali injek(polibag) 200ml(batas tanah)

    PPenyediaan Benih Cili KLIK SINI

    Ilmu penting pertanian CILI

    Bila dah buat keputusan untuk tanam cili, kenalah belajar/ilmu

    1. benih bermutu
    2. cara semai benih & penjagaan anak pokok
    3. cara mana nak tanam (fertigasi atau batas tanah)
    4. pembajaan
    5. penjagaan pokok dewasa
    6. mengenal penyakit pokok/musuh perosak
    7. cara kawalan penyakit/musuh perosak
    8. penjarangan daun pokok
    9. cara ikat pokok
    10.cara mengendali racun makhluk perosak
    11.pasaran
    12.pengendalian lepas tuai
    13. dll

    fertigasi sabak agro pam utk maksimun 20-30 polibeg
    ok...dah dapat reply dari sabak agro...dieorg ckp...dieorg dah try...takat 20-30 bag x de masalah..
    Polibeg Putih 16x16 / kg RM8.10
    Anda boleh membeli dalam kg. 1 kg = 35 helai
    Polibeg Putih 16"x16" (21.5cmx21.5cmx40cm (Panjang x Lebar x Tinggi))

    HARGA TIDAK TERMASUK PENGHANTARAN

    Rujukan :Kos penghantaran sehingga 35 helai = RM 7.50
    cocopeat dan sekam padi

    Kaedah benih tahan lama

    biji benih nak tahan lama masuk dlm plastic airproof dan simpan lam peti sejuk pat sayur tu,bertahun blh tahan tapi pastikan betul2 kering, kalu tak berkulat juga

    833-pkk nie peringkat permulaan 60 hr,pkk naik tinggi ,aku pon kecut perut gak pasai pa dia x brapa keluaq buah.Tp bila dah dlm linkungan 75 hari,peringkat ranting ke2/3 mmg cun.buah plak besaq mcm ibu jari kaki,bentuk serupa mcm 568.buah dia besaq,tp panjang x bleh lawan 469 la..tp untuk pasaran,anytime bleh beat rega 469.

    469/223

    pkk nie spesis payung terjun,buah akan berjuntai bleh p sampai media dlm polibeg.mmg cun,tp bunga selepas peringkat 1/2 lambat skit nak keluaq. Pengalaman aku dah tanam pkk nie dekat 1 thn lebih,kalau nk selamat return modal fertigasi,trylah tanam pkk nie.1.5 kg busuk2 dlm tangan utk permulaan kutip buah spesis nie.

    568

    senang dlm pasaran,org pon suka.tp x brapa tahan penyakit kerinting.

    *aku pon pakai cooper,aku pakai cupraxat(ejaan x btoi kot)berbentuk cecair berwarna biru.rega dlm rm35.tp jgn dok campuq dgn racun serangga hat len n kurangkan kekerapan penggunaan,pasai daun akan cepat terbakaq n luruh selepas tu.

    satu ekar boleh masuk max. 6000 pokok. untuk fertigasi.

    Menghalang serangga

    Untuk menghalang serangan serangga gunakan neem oil pada awal lagi dan guna baja foliar organik

    cara nak buat campuran untuk 10 liter :

    -1 liter air + 10 ml cecair cuci pinggan + 50 ml neem oil
    Mr Subra camna..013-4305982

    -kacau campuran tersebut
    -campur campuran diatas dengan 9 liter air dan kacau.
    -10 liter semburan siap untuk digunakan.

    sembur pada waktu petang. jangan sembur pada panas terik.

    campuran kena kacau selalu sebab minyak tu akan naik atas. kalu guna tong galas tiada masalah sebab air tu sentiasa bergoyang. campuran tu mesti di gunakan dalam masa 8 jam selepas di sediakan.

    nijangs

    tak dok kat kelate tapi hulu selangor, keja di bangi. confirm sukatan copper hdroxide tu 20g/10 lit air untuk sayur cili sebab tak power sangat kelasII saja ( kocide 101 )

    KLIK SINI untuk lihat usaha petani

    Racun Kulat Musim Hujan

    racun kulat yang digunakan waktu musim hujan adalah seperti berikut:

    -Ancom(mencozeb)
    -M45 (Mancozeb)
    -Topsin M
    -Topside 70
    -Rizolex(untuk reput akar)
    -Cupraxat(cecair warna biru)
    -previcur(cecair, mahai skit,tp rega x ingat)

    Semua racun adalah serbuk dan berharga bawah rm 20 kecuali cupraxat rm 30-35.Racun ni aku selang selikan penggunaan dia bersama racun serangga dan diracun 3-4 hari begantung pada keadaan cuaca.

    Penyakit

    Penyakit cili dan penyelesaian

    buah cili saya tu kat hujung dia macam terbakar jadi warna putih banyak jugak yg buah dia kena serang cam tu.... mcm kena bakar lak... merekot bawah dia....

    klu jwapan nya pucuk ok taP hujung buah je gitu..aku suspect antraknos

    cara:
    ranting pokok ada kena serang tak? tempat yg kena tu berbulu tak? tempat hang sekarang ni musim hujan ka? kalu jawapannya "YA" bermaksud pokok hang kena penyakit hawar pucuk dan penyakit ni cepat merebak keseluruh pokok. ranting akan jadi kering dan layu... aku cadangkan hang guna racun kulat AMISTAR. memang berkesan...

    atau
    guna koside ( cupric hydroxide ) sekarang dah ok suma, dah tak busuk lagi.
    jenis tepung (20gm/10 lit air )
    mancozeb,antracol,topsin
    Amistar mahai sangat,rm 180 sebotoi(250ml kot).

    kalu pakai cooper tue,jgn campur racun serangga hat len,nnt daun terbakaq(guguq) dan jgn pakai selalu.

    Racun serangga aku pakai hat besa ja mcm avimec 018(abemectin),
    pengasus n solecron 500.Aku x pakai vita pasai dia busuk,nnt jiran komplen.

    Dan amaran aku kat hgpa,jgn sesekali sentuh racun hat mai dr Siam!!racun tu org pangey kicap,pekat macam ayaq gula,rega dlm rm 120.Sekali kena,attack trus hati.mmg la ok,tp 10 thn lg,rasa la azab sakit dia!!Racun tu di larang bawa masuk Mesia.(Cameron pakai racun ni la secara haram)

    Jangka hayat pokok cili

    -semai benih hingga mula tuai 2.5-3 bulan
    -petik hasil maksimum 6 bulan.
    -jangka hayat 8 bulan dari mula semai (max. yield)
    -Jangka Hayat cili sehingga 12 bulan dimana bulan ke-4 memberikan hasil.
    -Buahnya sederhana besar. Hasilnya mencapai sehingga 10kg sehari bagi 100 pokok (purata)

    -jangka hayat pokok berbuah utk 6 bulan = 30 kali tuai…
    -anggaran sebiji cili 7 gram

    5 bijiX7gram = 35 gram
    harga ladang = RM6.00 sekilo
    utk setiap pokok leh dpt RM 0.21 sen

    Info harga silver shine

    -RM60.00 segulung (250m panjang x 4kaki lebar)
    -boleh dapat kat kedai racun/alat alat pertanian

    Untuk persediaan dan material bagi menjalankan kaedah FERTIGASI ... KLIK SINI

    Rumah lindungan hujan (rain shelter)

    a) baja cecair x akan neutral apabilae air hujan masuk dlm polybag.
    b) mengelak racun hilang ( 4 jam meresap kat pokok)
    b) mengelak penyakit akibat asid dari hujan tu...nanti pokok kena magrain.

    atasi masalah ini :
    a) baja n racun semula.
    b)Jirus pokok n daun guna host (host basuh kete) utk buang asid yg kita tidak kelihatan

    kegunaan plastik silvershine
    -menutup tanah agar rumput tak dapat tumbuh di sekitar batas tanaman.
    -plastik tersebut juga akan dapat mengekalkan kadar kelembapan tanah di bawah plastik -dapat mengurangkan kerja penyiraman.
    -memantulkan cahaya matahari kepokok agar proses fotosentisis berjalan lancar.
    -menghalau serangga seperti thrip/aphid dengan memantulkan cahaya ke mata

    Contoh contoh kejayaan

    Fertigasi Cili di Perak KLIK SINI

    Lawatan ke Tapak CILI ... KLIK SINI

    Ladang SAKATA .. KLIK SINI

    Baca cerita tentang kegigihan untuk pertanian CILI .. DI SINI

    Kos, Untung dan Rugi

    Buat masa ini saya melihat perkembagan pokok memang subur. tidak dinafikan ada yang mendapat serangan penyakit.

    tetapi adalah terlalu awal untuk saya membuat kesimpulan. jadi ikutilah perkembagan miracle sistem di fertigasi.blogspot.com

    kos fertigasi cili

    Anggaran kos tanaman cili dengan fertigasi

    keperluan asas fertigasi bagi 1000pk cili
    1.polytank 400 gallon =RM400.00
    2.pam 0.75hp =RM250.00
    3.main pipe poly 32mmx100m =RM120.00
    4.poly tubing 13 mmx300m =RM120.00
    5.dripper(putih)1000 =RM80.00
    6.nipple 1000 =RM100.00
    7.media cocopeat 70 bag =RM315.00
    8.media sekam bakar 70 bag =RM175.00
    9.polybag 15 x 15 x 40kg. =RM300.00
    10.tong baja a/b x 2 =RM70.00
    11.tubing 4 mm 9 roll x 80m =RM198.00
    12.silver shine 0.035mm x 250m=RM70.00
    13.fitting lump sum =RM200.00
    14.timer digital 1 minit cutoff =RM60.00
    15.tray semai anak benih 10kpg.=RM30.00
    16.benih 10 gm. =RM30.00
    17.baja a/b 1 set 50kg. =RM240.00
    18.disk filter 1' =RM55.00

    JUMLAH DI ATAS SEMUA = + - RM2813.00
    Kos luar jangka dan operation cost spt. racun, baja ulangan dll.
    Pembajaan baja asas fertigasi

    Penggunaan bagi 1000 pokok
    baja fertigasi ada 2 jenis yang diperlukan iaitu set A dan set B,
    'pakej siap lengkap' -set A 24KG dan satu beg set B 24KG -RM160.
    Penyediaan campuran set A dan set B
    menyimpan air baja dalam satu tong 2700 liter (600 gelen).
    Bancuhan pati baja Set A akan dibancuh dalam satu tong air 100 liter
    dan bancuhan pati baja Set B akan dibancuh dalam satu lagi tong air 100 liter.
    100 liter pati baja Set A - RM49.08
    100 liter pati baja Set B- RM65.84.
    Jumlah RM114.9262
    Bagi satu tangki air 2700 liter (600 gelen)- 12 liter A + 12 liter B
    Bacaan EC 1.9 dan PH 6.9.
    Anggaran tempoh kegunaan tangki 600 gelen (2700liter) adalah 5 hari
    Dalam 1 bulan pengisian sebanyak 5 ½ kali

    100% sabut kelapa, setiap pokok memerlukan 0.5 liter air baja setiap hari, maka bagi 1000 pokok kita memerlukan 500 liter air baja setiap hari
    kos baja Set A + baja Set B bagi tanaman 1000 pokok/30 hari
    = RM114.9262 / 100 liter X (66.72 liter)
    = RM76.68

    Rujukan - SINI

    Pemasaran hasil Pertanian

    Meliputi kaedah dan pusat pusat penjualan produk pertanian.

    Kerjasama dan bantuan

    Bantuan untuk kelulusan Pertanian KLIK SINI
    Bantuan dari Jabatan Pertanian Negeri Selangor KLIK SINI
    Pelbagai bantuan di perolehi DI SINI
    Bantuan modal pertanian dari ZAKAT SELANGOR ... dan lain lain juga KLIK SINI
    Kalau nak borang bantuan pertanian
    Cara Memohon Download.

    Senarai pemberi Bantuan yang boleh di CUBA ... KLIK SINI

    Penyakit

    musuh2 tanaman cili:

    -ulat ratus
    -kutu dauniafid
    -kutu trip
    -hama merah
    -hama kuning
    -lelompat daun
    -pelombong daun
    -lalat putih
    -ulat pengorek buah
    -lalat buah
    -ulat pangkas

    "tempoh dilarang mengutip hasil" yang di cadang kan oleh pengeluar racun adalah di uji di dalam makmal.

    jadi, bila di gunakan diluar persekitaran tempoh tersebut menjadi lebih pendek sebab2 persekitaran:

    -udara
    -hujan
    -cuaca panas/lembab

    Kawalan Serangga dan Penyakit

    Sembur racun serangga dan kulat jika perlu.

    Penyakit

    Serangan kulat di waktu hujan.

    Kawalan

    Bintik daun
    Sembur racun kulat Benomyl

    Antraknos buah
    Sembur racun kulat seperti Mancozeb

    Kutu daun
    Sembur racun serangga chlorphyrifos atau imidachloprid

    Hamama merah
    Sembur racun seperti dicofol atau malathion

    Kerekot daun dan mozek daun Penyakit ini disebar oleh kutu daun.
    Kawalan kutu daun adalah penting. Buang dan bakar pokok yang berpenyakit.

    Rujukan - Pertanian Manjung

    Penjagaan dan Pengawalan

    SET KAWALAN
    iaitu set AF 1 ..... AF 9 (terdapat 9 jenis semburan kawalan)
    semburan ini dilakukan 5 hari sekali mengikut turutan.
    bermula dari AF 1 .. AF 2 sampailah AF 9 kemudian diulang kembali

    SET PEMBAJAAN
    iaitu baja ketul ( baja tulin) dan AF-HUMIC(penggalak bakteria)

    Bahan kimia untuk buat set baja A dan B
    1)Calcium Nitrate 25KG = RM55
    2)Iron Chelate (EDTA) 1KG = RM42
    3)Potassium Nitrate 25KG = RM70
    4)Mono Potassium Phosphate 25KG = RM155
    5)Magnesium Chelate 25KG = RM27.50
    6)Manganese Chelate (EDTA) 1KG = RM42
    7)Hybor 0.5KG = RM14 <<
    8)Zink Chelate (EDTA) 1KG = RM42
    9)Copper Chelate (EDTA) 1KG = 4
    10)Ammonium Molybdate 0.5KG = RM190
    11)Boron 25KG = RM50

    Kawalan Serangga secara kimia
    • malathion,cypermethrin,deltamethrin, dll
    • hama,kutu daun,lelompat daun, rama2 putih,ulat ratus- pegasus,
    • sembur atas dan bawah daun sebab seranggan ni bertelur dan bersarang di bawah daun.
    • kulat (anthracnose, hawar pucuk,,bintik daun)
    • -mancozeb, amistar,topsin M,antracol dll.
    • -cara penggunaan kena ikut arahan label.
    • -selepas 2-3 kali semburan kena tukar racun lain sebab takut serangga atau kulat jadi rintang.
    Imej - PAM RACUN ... KLIK SINI

    tips untuk mengawal serangan lalat buah:
    -lalat buah ni serang buah cili yang masak dan muda.
    -kerosakan boleh mencapai 60-80%
    -tanda kerosakan buah ialah buah menjadi berair lembik,busuk dan gugur. jika koyak =-larva (ulat) dalam buah yang berwarna kuning. luar buah ada tanda bintik kena cucuk.
    rupa lalat buah ni warna kuning belang hitam. sayap dia lut sinar.
    serangan boleh di kesan 3 minggu selepas putik keluar.

    cara kawalan
    -kutip semua buah yang kena serang dan masukkan dalam plastik.
    -guna sebatian methyl eugenol untuk menarik dan memerangkap lalat jantan. cara ini akan kurangkan kadar pensenyawaan.

    cara buat perangkap
    -ambil botol air mineral dan potong buat tingkap (W 2 inci dan H 1 inci).
    -campur methyl eugenol dengan air kedalam botol tu dan gantung di kawasan pokok cili. lalat buah akan masuk dalam botol dan hisap cecair lalu mati.

    atau:

    -botol warna kuning terang (attract serangga).
    -sembur dengan NEOPACE (gam) pada permukaan botol kuning tu
    -gantung pada kawasan pokok cili.
    -lalat buah akan melekat pada permukaan botol tu sebab NEOPACE tu ada gam.

    baja organik En Rosli

    AF-HUMIC sebotol dalam RM40.

    perubahan pada anak pokok memang ketara.. yang kunig jadi hijau.. yang lemah nampak segar.

    ada tersilap taip tadi, cairan baja tu 5gm/10lit bukan 5gm/lit, kalu 5gm/lit kong lah pk tu.
    baja foliar: (naim mahmood)naim_mahmood@yahoo.com

    sukatan penggunaan

    Cara campuran:
    20ml - 10L air.

    apply dalam satu cedok(bergantung pada saiz pokok tak da masalah kalau terlebih) pada pangkal pokok. kalau tray boleh terus rendam bahagian bawah tray tu sebentar.

    SISTEM PENGAIRAN

    sistem pengairan miracle sistem terdiri daripada 3 bahagian.
    1.semburan air ke dalam polybag (menggunakan semburan tekanan tinggi bagi mencairkan baja ketul)
    2.semburan air ke udara (semburan ini juga bertekanan tinggi bagi mengurangkan suhu panas)
    3.sistem venturi ( sistem ini adalah untuk mengalirkan AF-HUMIC ke pada setiap polybag secara mudah,cepat & ringkas)

    Struktur ladang

    MIRACLE SISTEM (sila rujuk --> fertigasi.blogspot.com)
    kaedah ini menggunakan konsep pembajaan & racun organik.
    media = campurang sekam wap + sekam kuning + baja kompos + baja asas + topsoil
    miracle sistem mempunyai set pembjaan dan set racun yang tersendiri

    Menyediakan tapak KLIK SINI

    Kaedah pemindahan benih

    1. gembur & buat lubang untuk anak pokok
    ( saiz lebih kurang sama dgn saiz corong tray, kedalaman tidak lebih dari ketinggian corong tray
    2. picit sedikit bahagian bawah corong tray untuk melonggarkan anak pokok yang hendak dipindah
    3.pegang pangkal anak pokok dan tarik keluar perlahan-lahan (jika gagal ulang langkah 2)
    4. letak kan anak pokok ke lubang (pastikan akar berserta holland peat yang melekat terletak secara baik)
    5. kambus lubang tersebut ( tidak perlu timbus pangkal anak pokok)
    6. gunakan tapak tangan tekan sedikit sekali di bahagian kiri kanan anak pokok

    Kaedah semaian BENIH CILI .... DI SINI

    Benih Cili

    Cili Kulai bermutu tinggi dari segi saiz, berat dan rasa. Anak Pokok Cili Kulai F1 568. Cili kulai berasal dari Taiwan, sederhana pedas, saiz buah besar dan hasilnya lebat. Tinggi anak pokok lebih kurang 3 inci

    MC 12 Tinggi pokok 60–80 cm, panjang buah 10–13 cm, 12 – 14 g/biji,
    paling baru hybrid F1 469 (180 biji sepokok)--ketinggian pokok 35 cm
    hybrid 833 ketinggian pokok 2- 6 kaki (55 biji berat utk 1 kg buah bagi sepokok)
    CA 905 - F1 Cili Kulai 905
    CA 907 - F1 Cili Kulai 907
    CA 910 - Kulai Tempatan
    CA 914 - F1 Cili Kulai Pedas
    CA 915 - F1 Cili Kulai Kering
    CA 908 - Cabai Kulai Kerinting
    8338 - Kulai King.

    MC 11
    Tinggi pokok 80–110 cm, panjang buah 8–10 cm, 7–10g/biji,
    • Tinggi pokok 80–110 cm,
    • panjang buah 8–10 cm, 7–10g/biji,
    MC 12
    • Tinggi pokok 60–80 cm,
    • panjang buah 10–13 cm, 12 – 14 g/biji,
    hybrid F1 469
    • 180 biji sepokok
    • ketinggian pokok 35 cm

    hybrid 833
    • ketinggian pokok 2- 6 kaki
    • 55 biji berat utk 1 kg buah bagi sepokok
    s469
    • amat pedas, bukan plastik, besar mencecah 20cm.
    • amat besar, maka ia kurang sesuai untuk tanaman secara komersial
    • kurang digemari pengguna.
    • 1gm (140-150biji) RM 9 –iffan04
    568
    • kurang pedas, bukan plastik, rupa dan saiz = Kulai.
    Kulai tempatan
    • amat sesuai untuk tanaman secara komersial
    • lebih pedas dan mudah dihancurkan tidak liat mudah dibuat sos
    hybrid 568
    • Buah pertama 40-90 biji (40-45 biji/kg)
    • setiap pkk leh menghasilkan 2-2.5 kg.
    • Tinggi pkk 4 kaki
    • buah kurang pedas
    • sambil berbuah sambil berpucuk @ berbunga..
    • Pasaran tiada masalah langsung.
    Nota pembekal benih cili

    NASIR AGRO FARMING ENTERPRISE 012-5830013 (pos)
    Sin Sing Huat
    No 6 Jalan BP 4/7, Bandar Bukit Puchong
    03-80609921

    Pokok 568 1 bulan: Click to ZOOM
    Sebutharga dan kos penyediaan Benih CILI ada DI SINI

    Hasil dari kaedah ini

    Pembinaan sistem fertigasi mengikut pakej pasang siap GM PELADANG ialah berjumlah RM30 ,000 untuk keluasan 600 kaki persegi . Hasil pengeluarannya boleh mencapai empat hingga enam kali ganda dari tanaman di atas kawasan terbuka . Pulangan modal dalam sistem tanaman ini mengambil masa 3 - 4 tahun .

    Kelebihan Fertigasi berbanding dengan tanaman cara konvensional ialah hasil pengeluaran lebih berganda pada mutu yang berkualiti dan bersih .

    Kelemahan Sistem Fertigasi
    1.Kos Penyediaan dan Pembinaan yang tinggi
    2.Pengusaha memerlukan kemahiran dalam bidang tanaman fertigasi
    3.Pengurusan yang berterusan.
    4.Kerosakan sistem membawa kerugian. - Rujukan
    Kebaikan Sisten Tanaman Fertigasi
    1.Pembesaran pokok sekata disebabkan pemberian baja mengikut pertubuhan pokok dan hasilnya tinggi
    2 Pemberian baja tidak membazir disebabkan baja hanya diberi dalam kawasan zon akar yang diperlukan
    3.Pokok tahan dari serangga penyakit bakteria yang berpunya dari dalam tanah kerana tanaman ditanam dalam polybeg
    4.Tanaman boleh diprogramkan mengikut musim dan tempat.
    5.Kos pengendalian dan kaedah merumput dan meracun boleh dikurangkan dan dikawal
    6.Tidak memerlukan tenaga berat dan tanaman bersih dan persekitarannya indah dan cantik
    7.Hasil tinggi dan pendapatan lumayan kerana tanaman terpilih sahaja ditanam.
    8.Boleh ditanam sepanjang tahun dan pulangan modal cepat.

    Kebaikan Fertigasi

    Kelebihan Sistem Fertigasi antara lain ialah pokok diberi baja dengan sukatan dan masa yang ditetapkan tanpa pembaziran . Baja terus diberi kepada zon akar supaya mudah diserap oleh pokok .

    Dalam Sistem Fertigasi beberapa peralatan digunakan bagi tujuan mengawal serangga perosak dan merumput dengan membuat Rumah Lindungan Hujan dan juga jaring kalis serangga . Kaedah ini menyebabkan tenaga buruh dapat dijimatkan . Sistem ini juga tidak menggunakan tanah dan tidak memerlukan penggunaan tanah yang luas .

    Asal usul CILI Fertigasi

    Cili ialah sejenis sayuran berbuah yang popular di kalangan penduduk Malaysia. Ia dipercayai berasal dari Mexico dan America Selatan, tetapi sekarang ditanam disemua negeri beriklim tropika. Cili yang dikenali juga sebagai lada atau cabai, kebanyakan ditanam di kawasan tanah rendah.
    • Di Semenanjung Malaysia, kawasan-kawasan pengeluar terutama cili ialah Perak, Johor dan Kelantan - Rujukan

    Fertigasi berasal dari dua perkataan Inggeris iaitu fertilization dan irrigation . Sistem Fertigasi adalah salah satu daripada cabang hidroponik yang antara lainnya ialah seperti Sistem Titis Mikro , Hidroponik Aliran Dalam , Hidroponik Aliran Cetek , Hidroponik statik , Aeroponik dan Pemercik Mikro.

    Sistem Fertigasi sangat sesuai bagi tanaman sayur berbuah dan berdaun seperti tomato , timun jepun , cili merah , terung , melon, cili sayur , strawberi dan juga pokok hiasan . Ringkasnya , sistem tanaman ini adalah sangat sesuai untuk tanaman yang bernilai tinggi di pasaran .

    Tanaman Sistem Fertigasi bertujuan untuk mengelakkan serangan penyakit akar yang disebabkan oleh serangga kulat seperti pythium ,fusarium,rhizoton dan juga penyakit layu bacteria yang berpunca daripada tanah .

    Kelebihan Sistem Fertigasi antaranya pokok diberi baja dengan sukatan dan masa yang ditetapkan tanpa pembaziran.Baja terus diberi kapada zon akar supaya mudah diserap oleh pokok. Dalam Sistem Fertigasi beberapa peralatan digunakan bagi tujuan mengawal serangga perosak dan merumput dengan membuat Rumah Lindungan Hujan dan juga jaring kalis serangga.Kaedah ini menyebabkan tenaga buruh dapat dijimatkan.Sistem ini juga tidak menggunakan tanah.

    Beberapa media digunakan bagi tujuan menggantikan fungsi tanah saperti cocopeat,sekam padi,rootwool,perlite,zeolite dan juga vermiculate dalam kaedah tanaman fertigasi.Cocopeat dan sekam padi digunakan secara meluas kerana harga murah dan ringan mudah digunakan.

    Peralatan atau kompenan yang diperlukan dalam sistem fertigasi adalah saperti tangki,tong stok nutrient,pam,paip poly atau pvc.Dripper,mini tubing,tubing,timer dan perlatan kawalan air dan baja. Dalam sistem fertigasi air baja diberi mngikut masa iaitu antara 3 – 6 kali sehari selama 5 – 10 minit. Ini bergantung kapada cuaca dan juga kawasan tanaman.

    Pembinaan sistem fertigasi sekitar RM 160,000 – RM 180,000 untuk kawasan seluas satu ekar dengan muatan beg 6-7 ribu.Jumlah tanaman bergantung kepada jenis tanaman.Hasil pengeluarannya boleh mencapai empat hingga enam kali ganda dari tanaman diatas kawasan terbuka.Pulangan modal dalam sistem tanaman ini mengambil masa 3 - 4 tahun

    Pendahuluan

    Tinggal gaji RM1,500, siswazah kutip RM40,000 tanam cili
    Alimin Muhamed, 24, lepasan Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur dan pernah bekerja sebagai juruteknik di sebuah syarikat swasta, berkata tanaman cilinya sebanyak 3,000 pokok yang diusahakan secara projek perintis Fertigasi bermula 18 Januari lepas kini mula memperoleh hasil peringkat pertama sebanyak RM3,000.

    “Tidak mustahil dalam tempoh tiga bulan lagi saya akan mendapat hasil sebanyak RM40,000 sebaik sehaja kesemua cili habis dipetik,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di ladangnya di Kampung Kuala Air Jernih, Bukit Awang di sini, hari ini. -mohdashraf