Saturday, January 3, 2009

Fertigrasi CILI di belakang rumah

Lihat projek Fertigrasi yang dihasilkan dibelakang rumah

KLIK SINI

4 kilogram setiap pokok

Suhaimi yang bertindak sebagai ketua projek tanaman cili jenis "kulai" yang di usahakan telah memberi pendapatn lumayan kepada mereka.

"Ketika ini sebanyak 9,000 pokok cili di tanam dan berbuah lebat yang menghasilkan kira kira empat kilogram setiap pokok," katanya.

Cili Kulai yang dihasilkan di projek ini dijual secara borong dengan harga pasaran iaitu antara RM3 hingga RM4 sekilogram.

klik SINI

Friday, January 2, 2009

Pembekal Cili Merah

Bagi pihak yang memerlukan bekalan cili merah jenis kulai, pihak kami mampu mengeluarkan hasil sehingga 3 tan sehari. Lokasi, Klang.
Harga antara RM 4.50 - RM 5.00 per kg bergantung pada jumlah tempahan.

Boleh hubungi saya, Azlan 012-9277150.

Terima kasih.

Budi Niaga Resources.
-----

NAMA : MOHD AZLAN BIN MOHD SIDEK
SYARIKAT : BUDI NIAGA RESOURCES
ALAMAT : NO 27 JALAN AMAN PERDANA 3G/KU5 41050 KLANG SELANGOR
EMEL : azlanina@yahoo.com
HUBUNGI : 0129277150
LAMAN WEB : www.budiniagaresources.blogspot.com

Untung, Rugi dan Aliran kewangan tanaman CILI

Nama Tanaman : Cili Merah
Nama Botani : Capsicum frustescens
Jarak Tanaman : 100 sm X 100 sm
Kepadatan Tanaman : 9,000 pokok/ha
Keluasan Tanaman : 1 hektar
Jangkamasa Memungut Hasil : 75 Hari

KLIK SINI untuk senarai lengkap

Pengiraan keuntungan dari pelayar

[...] baiklah...saya lebih suka mengira berdasarkan worst case scenario di mana bagi semusim :
1)jangka hayat sepokok sejak disemai ialah 7.5 bulan
2)hasil dikutip selama 4 bulan bermula bulan ke 3.5 hingga ke 7.5
3)hasil bagi sepokok semusim minimum 2kg

berapa kosnya???...

- Kos Operasi bagi 4000 pokok semusim ialah RM 11 919.12.
- ini bermaksud kos operasi sepokok semusim ialah RM2.98.
- ini juga bermaksud kos bagi se KG yang dihasilkan ialah RM1.49.
- untuk makluman, mengikut kajian Jabatan Pertanian, kos bagi se KG yang dihasilkan secara tradisional di atas tanah ialah RM1.32.
- maka dengan itu jika anda menjual satu KG cili di bawah harga RM1.49, maka anda mengalami kerugian.

berapa untungnya???...
- harga cili mengalami naik-turun mengikut musim tetapi pada kadar yang mendadak.
jika harga ladang bagi cili merah mencecah RM7.50 seKG, maka :
JUALAN
4000 pokok X 2KG = 8000KG
8000KG X RM7.50 = RM60 000

JUALAN - KOS
RM60 000 - RM11 919.12 = RM48 080.88

UNTUNG BULANAN
RM48 080.88 / 7.5 = RM6 410.78
WOW!! bestnyer....
jika harga ladang bagi cili merah hanya RM0.70 seKG, maka :
JUALAN
4000 pokok X 2KG = 8000KG
8000KG X RM0.70 = RM5 600

JUALAN - KOS
RM5 600 - RM11 919.12 = RM-6 319.12

UNTUNG BULANAN
RM-6 319.12 / 7.5 = RM- 842.55
Rujukan SINI

Cili Merah (Capsium annuum)


Cili merah merupakan sejenis cili berisi tebal berwarna merah atau hijau dan mengeluarkan hasil sepanjang tahun. Ia mengeluarkan bunga kecil yang bertukar menjadi buah pada setiap ranting daun.

Cili merah kaya dengan vitamin C, vitamin A dan zat-zat galian seperti besi, kalsium, fosforus, sodium dan potasium. Sayuran ini dikatakan bernilai dari segi kesihatan untuk meredakan kesakitan yang ada kaitan dengan kegemukkan. Ia juga baik untuk pengedaran darah dan boleh mengatasi masalah sakit kerongkong. Cili merah mengandungi sejenis bahan yang menghalang sel-sel darah daripada bergumpal dan sekaligus menghalang sejenis penyakit darah beku yang dikenali sebagai trombosis

Anggaran Pendapatan

1. Di Ladang

  • Cili boleh dipetik 8 minggu selepas diubah ke ladang.
  • Punggutan hasil dibuat setiap 3 atau 4 hari.
  • Anggaran hasil dari kawasan 50 m persegi ialah 100 - 200 kg.
(a) Cili Hijau
Harga - RM5 - RM8
Pendapatan kasar - RM400 - RM1200


(b)

Cili Merah
Harga - RM5 - RM8
Pendapatan kasar - RM500 - RM1600

RUjuk SINI

Di Ladang – Cili boleh dipetik selepas 8 minggu dubah ke ladang. Pungutan dibuat setiap 3 atau 4 hari. Anggaran hasil dari kawasan 50 m (500 kaki) persegi ialah 100 – 200 kg.
a) Cili Hijau – Anggaran harga antara RM4 – RM6 sekilo
b) Cili Merah – Anggaran harga antar RM5 – RM8 sekilo.
Dalam Pasu atau Bekas – Cili boleh di petik selepas 12 minggu ditanam. Anggaran hasil ialah 6 hingga 10kg sepokok. - Rujukan SINI

Note
Jika merujuk kepada kenyataan di atas - Sebulan kutipan 10 kali dan setiap kutipan 100 - 200kg.
Bermakna, 1000kg ke 2000 kg sebulan. Menjadikan jumlah hasil jualan [1500 x RM4.00/kg] = RM6000 sebulan. untuk keluasan lebih kurang seekar tanah.

Harga jualan CILI

[...] Kini tiba masa untuk cili pulak keluarkan hasil....kutipan pertama setelah disedekahkan kat jiran n sedara ada la dalam 3 kg....1 kg dipek 200gram n dijual dengan rega RM1.80 n lagi 2 kg ditolak kat kedai runcit dengan rega RM6.00 sekg.

butiran lanjut DI SINI

Baja Fertigasi untuk Cili


cerita lanjut DI SINI

Mengutip hasil


cerita nya DI SINI

Tumpuan KOS penanaman CILI

Kos operasi/kos bulanan/kos tidak tetap yang meliputi :

1)benih
2)peatmoss
3)baja AB
4)racun+baja foliar
5)bil air
6)bil elektrik
7)tali rafia

Perbandingan Kulai Tempatan, Kulai 568, F1 469

- Kulai Tempatan pokoknya terlalu besar, 568 kecik, 469 sangat kecik
- Kulai Tempatan bunga sangat mudah gugur, 568 gugur sikit, 469 sangat sukar gugur
- Kulai Tempatan buahnya ringan, 568 dan 469 lebih berat 1.5 kali ganda kerana lebih besar dan lebih tebal
- Kulai Tempatan sangat amat pedas, 568 tak pedas, 469 pedas.
- Kulai Tempatan pemborong terima, 568 sangat diterima, 469 sukar diterima (bergantung kepada tempat)
- Kulai Tempatan ada 60 biji pada bulan pertama, 568 80-120 biji, 469 80 biji.
- Kulai Tempatan sangat mudah kena kerinting, 568 mudah, 469 sukar sikit, kalau kena pun kerinting peringkat pertama sahaja.
- Kulai Tempatan langsung tak ada lalat buah kerana amat pedas, 568 dan 469 ada sedikit bergantung kepada tempat.

* Oleh kerana Kulai Tempatan sangat besar maka ia tak dapat ditanam rapat-rapat maka hasil kurang, di samping itu air dan racun harus banyak sebab pokok besar, pancang pun kena kuat.
* 469 amat sesuai bagi ‘penanam baru nak belajar’/'penanam amatur’
kerana ia amat mudah berbuah lebat dan besar (pada bulan pertama), bagaimanapun buahnya amat sukar diterima pasaran (bergantung kepada tempat) dan harganya juga lebih murah.

* 568 sederhana mudah untuk dijaga, pokok yang kecil tapi buah yang lebat dan berat
memungkinkan hasil yang tinggi di samping ia amat mudah diterima pasaran walaupun tak pedas.

Rujuk SINI

Pembajaan

Tanaman komersial biasanya memerlukan pembajaan yang mudah tetapi lengkap nutrien. Kebanyakan pengusaha menggunakan baja jenis A dan B. Lain jenis tanaman, lain komposisi bahan kimia.

Bagi tanaman cili, kami mempunyai campuran tersendiri supaya tanaman mengeluarkan hasil dengan cepat dan baik. Tahap rintangan terhadap penyakit juga tinggi.

Kami sediakan baja A dan B dalam tong yang berasingan.

Apabila diperlukan, campuran baja A dan B akan dicampurkan ke dalam air yang sedia ada di dalam tangki utama. Seterusnya, air akan dialirkan ke tanaman mengikut waktu yang telah ditetapkan. Rujuk - SINI

4400 pokok hasilkan 100 Kg

700 pokok KULAI TEMPATAN
  • setiap hari buah-buah cilinya harus dituai di mana sehingga kini setiap hari menghasilkan 20KG.
  • Sehingga 2 hari lepas, hasil tuaian dijual pada harga RM6.50 sekilo
  • RM8.00 sekilo mengikut harga borong semasa.
  • Berikut adalah gambar hasil tuaian bagi satu hari :
  • Gibberellic Acid baru sahaja digunakan bermula Ahad lepas, hasilnya mungkin hanya mula jelas kelihatan selepas 1 bulan.
  • 4400 pokok tersebut dijangka mampu menghasilkan sebanyak 100KG setiap hari menjelang awal November 2007 di mana harga ketika itu adalah RM10.50 sekilogram.

Pendapatan Kasar CILI Fertigasi

Pendapatan kasar sebulan paling minima utk 2000 pkk

sebiji cili beratnya 10 gram
Kalau sepokok leh petik 4 biji sehari---> 40 gram
Kalau 2000 pokok….80 000 gram---> 80 kg
Harga ladang---> 1 kg = RM 6.00
Utk sekali petik---->80kg X RM6.00 = RM 480
Jadual petik selang 3 hari---> 10 x RM480

Jadi anggaran pendapatan kasar sebulan adalah RM 4800.00
Untuk 2,000 pokok, jumlah pendapatan RM4,800.00

Senarai Pembiayaan

Anda di galak untuk mendapatkan bantuan dan pembiayaan dari senarai berikut

Projek Sejuta Polibeg Cili Merah

ANGAR 9 April - Tapak landasan terbang Sungai Batu Pahat dekat sini, yang selama ini dibayangi kemanisan kerana kedudukannya berhampiran ladang mempelam harum manis, kini menjadi ‘bumi pedas’ apabila 70,000 pokok cili disemai sejak akhir tahun lepas.

Projek itu, yang diilhamkan oleh bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim mengubah wajah landasan terbang yang suatu ketika dahulu pernah hingar-bingar dengan kegiatan pesawat ringan termasuk mikrolight, apabila kehijauan tanaman cili yang pedas itu mula memenuhi di kawasan terbuka di situ.

Lebih pedas lagi dirasakan oleh telinga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Perlis, Sabry Ahmad apabila ada yang memandang negatif “Projek Sejuta Polibeg Cili Merah” itu. - Selanjutnya DI SINI

PROJEK DIRAJA BANGGOL KOTA BHARU KELANTAN

Mulai 1 Januari hingga 29 Mac 2003 aktiviti jualan hasil cili merah telah dibuat kepada FAMA. Hasil yang berjaya diperolehi adalah sebanyak 8,283.5 kg dengan pendapatan sebanyak RM22,195.75. Pembinaan “deep well” pertama di kawasan projek ini oleh JPS dimulakan pada 22/3/2003. Pada 20/4/2003 sampel air telaga dalam “deep well” pertama telah diambil untuk ujian makmal. Pembinaan “deep well” kedua telah dimulakan oleh JPS pada 30/4/2003. Kerja-kerja pembajakan kawasan projek untuk penanaman tahun 2003 telah dimulakan pada 11/5/2003 dan kerja-kerja membuat batas kedua pada 19/5/2003.

Rujuk selanjutnya di SINI

Menyediakan Anak Benih

Bagi tanaman di ladang, sediakan kotak semaian berukuran 45 cm (18 inci panjang, 22 cmm (9 inci) lebar dan 10 cm (4 inci) tinggi. Isikan kotak semaian dengan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput dan 1 bahagian pasir. Semai 5 gm biji benih ke dalam kotak semaian secara barisan dan tutup benih dengan lapisan nipis tanah. Jarak tanaman ialah 5 cm (2inci) antara baris dan 2 cm (1 inci) antara pokok. Siram dengan penyiram yang mempunyai semburan halus dua kali sehari. Kotak semaian mesti dilindungi daripada cahaya matahari dan air hujan yang berlebihan. Ubah anak benih ke ladang 3 hingga 4 minggu selepas disemai. Sebelum diubah ke ladang, dedahkan anak benih kepada cahaya matahari selama 3 hingga 4 hari untuk mengeraskannya.

PENJAGAAN

Menyiram

  • Siram pokok pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali hari hujan.

Membaja
(1) Di Ladang

Tabur baja NPK Blue Special (12:12: 17:2) di keliling pokok dengan kadar 1 sudu besar atau 10 gm sepokok setiap dua minggu.

(2) Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain

Tabur sebanyak 1 sudu teh atau 5 gm baja NPK Blue Special (12:12 17:2) sepasu di keliling pokok setiap minggu.
Sungkupan
(1) Di Ladang

Gunakan rumput-rumput kering atau pelepah kelapa sebagai sungkupan.

(2) Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain

Gunakan rumput-rumput kering.
Merumput
  • Bersihkan batas daripada rumpai dengan menggunakan tanah, cangkul atau tajak. Bagi tanaman dalam pasu cabut rumpai untuk mengawalnya.
  • Kawalan Serangga dan Penyakit
  • Sembur racun serangga dan kulat jika perlu.

Gred CILI


Spesifikasi gred ini meliputi semua varieti dan jenis cili merah tempatan yang dipasarkan. Cili yang dipasarkan sebagai cili hijau tidak termasuk di dalam sko spesifikasi ini.
Indeks 1:
Tidak matang - Cili berkenaan dipasarkan sebagai cili hijau. Kulit cili berkenaan berwarna hijau muda.

Indeks 2:
Cukup matang - Kulit cili berkenaan berwarna hijau tua dan berkilat dan dipasarkan sebagai cili merha.

Indeks 3:
Cukup matang - Kulit cili berkenaan kelihatan berwarna merah dan hijau (hijau merah).

Indeks 4:
Cukup matang - Kulit cili berkenaan berwarna merah kehitaman (hampir masak) tetapi msih diterima oleh pasaran di peringkat runcit.

Indeks 5:
Cukup matang - Kulit cili berkenaan berwarna merah sepenuhnya.

Indeks 6:
Terlalu matang - Kulit cili berkenaan berwarna merah kehitaman.

Memungut Hasil


(1) Di Ladang

Cili boleh dipetik 8 minggu selepas diubah ke ladang. Pungutan hasil dibuat setiap 3 atau 4 hari. Anggaran hasil dari kawasan 50 m (400 kaki) persegi ialah 100 - 200 kg.
(a) Cili HIjau

Harga ialah antara RM4.00 ke RM6.00.
Pendapatan (kasar ialah antara RM400.00 ke RM1,200.00.

(b) Cili Merah

Harga ialah antara RM5.00 ke RM8.00.
Pendapatan kasar ialah antara RM50.00 ke RM1,600.00
(2) Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain
Mulalah memetik buah 12 minggu selepas ditanam. Anggaran hasil ialah 0.8 hingga 15 kg sepokok.